Monday 7 December 2015

The Power of Amanah

Assalamualaikum, selamat petang. Baru sudah serve lunch untuk hubby. Hahaha! pelik kan. Orang lunch tengah hari. Kitorang petang dah baru nak lunch. Oke lah tu jimat. Sekalian dengan dinner. Wekk!

Ok lah saje nak menaip petang² macam ni. Nak share sikit cerita dengan korang. Semalam jenjalan ke Melaka sbb hubby ada event Mini Race dekat Durian Tunggal sana as Mechanic Crew untuk mini yg race.

Balik tu punya lah jammed tak hengat, kitorang pun singgah RnR nak solat Maghrib, kang terlepas naya je. Nak jadikan cerita aku pun pi lah surau .

Memang tabiat aku sampai surau duduk dlu sebab nak bukak stokin, handsock, tudung bagai kan. Tiba² dtg mak cik sorang ni tegur aku " tak solat ke dik? jagakan beg makcik kejap boleh?" aku pun cepat² lah balas kan "eh sye solat makcik" ye lah risau pulak kalau aku tnggalkan beg makcik tu even beg telekung sekali pun, amanah tetap amanah. "Lah yeke,jagakan kejap boleh,kejap je" ok lah aku pun duduk situ kejap sbb makcik tu mintak aku jagakan kejap.

Adalah around 10minit macam tu, mana lah pulak makcik ni. Kang aku tinggalkan kang dosa pulak sbb orang dah amanahkan untuk aku jaga beg dia. Tak pe lah tunggu sekejap lagi. Lepas 3minit mcam tu makcik tu pun dtg,aku pun cepat² pi ambik wuduk.

Dah selesai berwudhuk, carik telekung xde. Ye lah korang bygkan orang pack gile smpai yg menunggu telekung kemaiñ ramai lagi smpai berebut². Aku lepak je lah tepi dinding tu, dtg lah sorang akk ni pegang telekung dpd saf depan. Yang aku heran tu, dlm prjalanan dia dri depan ke belakang tmpat aku berdiri ni, ramai je yg tengah tinggu telekung, tpi xde sorang pun yg pnggil akk tu mintak telekung. Mungkin rzki aku Allah nak bagi. Aku pun mntak. Alhamdulillah dpat gak.

Nak cari tempat solat pulak 1 hal. Ramai sngat orng yg berhimpit even surau tu agak besar jugak. Eh dlm aku tgh crik² tempat nak solat, ada mkcik & anak die tu dah selesai solat. So aku bleh kedepan untuk solat tapi ada problem lagi 1. Aku takde sejadah. Alahai cemana ni. Pap! rezki aku lagi  Makcik yg aku jaga beg dia tadi tu, kebetulan ada sebelah aku, die offer sejadah dia share dengan aku.

Alhamdulillah. Berkat aku menjaga amanah yg orang bagi. Allah telah mudahkan urusan aku untuk menghadap DIA. Allahuakhbar. Tiada daya kekuasaanMu melainkan Mu.

Wednesday 2 December 2015

2 Hari Sudah Berlalu

Assalamualaikum, hye. Sudah 2 hari tinggalkan bumi Medan yg sangat² memberikan kenangan yg terhebat,menarik buat aku & suami.

Rindu sudah dengan makanan di Medan, rindu mau dgr Pak Dedek bercerita, rindu nak jenjalan dgn hubby, rindu nak buat surprise untuk hubby hikhik. Pokonya semuanya dirindu ah.

Oke lah, kat sini aku nak cerita sikit tentang Pakej Travel Melancong Murah Berbaloi under Insyi yg aku ambik ni. Ramai yang tanya, ada pakej ke tempat lain tak? Jawapannya ada, Lombok,Bali,Bandung,Jakarta,Medan, Bukit Tinggi nak dalam Malaysia pun ada jugak yang penting pakej dia semua murah² punya.

So kat bawah ni yg aku dapat bila book dengan Insyi.

oke korang boleh tgk kat atas pakej yg aku bayar semua nya dah include dalam 1 bayaran. Memudahkan kerja aku dah hehehe.


tapi untuk yg tidak termasuk pakej sikit je kan. so korang dah boleh jimat. Untuk balik dpd holiday tu ako sarankan korang ambik bagasi. Awalnya dulu aku tak ambik sebab kononnya xde shopping sangat. Sekali hambek ko. Terberanak beg. Hahaha.

Yang untuk supir/pemandu pelancong korang, aku sarankan bagi Milo serbuk pun boleh sebab dekat Indonesia, minuman Milo sangat susah untuk dicari. Boleh dikategorikan dalam minuman mahal bagi tempat diorang. So hari tu aku bagi Pak Dedek Milo je + tips ikhlas . Pakai duit Malaysia pun xde hal.


tengok harga yang aku dpt under Insyi. Murah kan? Mesti lah murah. Nama pun Melancong Murah Berbaloi. Semua dah include, tak payah pikir ape dah just bawak duit belanja nya aja. 

haaa.. itu lah aku nak share malam ni kat korang. Hah lupa plak.. lagi 1 yg best dgn Insyi ni.. kita nak bayar secara ansuran pun xde hal. Dia tak kisah. Janji korang habis bayar lah kan sebelum pergi. Jangan pulak bayar tak habis tapi sakan nak g melancong. No No No. So easy with Insyi. Sangat² memahami orang² yg macam aku ni. 

So korang apa lagi. Nak melancong? Tapi nak yg murah serta berkualiti & best? Cari lah Melancong Murah Berbaloi. 

Tuesday 1 December 2015

KL-Indonesia (Day 5-last day)

Assalamualaikum. Hari terakhir di bumi Medan. (30 November 2015) Lambat update sebab malam tu smpai lewat around 10.30malam jugak + aku drmam panas. Aih apesal lah. Sayang nak tinggal bumi Medan kot. hihihi

-------------------sambung baca--------------------

Pagi tu hujan turun tak berhenti dripada sampai lah sekarang waktu aku menulis blog ni, pukul 1.31 ptg waktu Indonesia.

Pagi tu turun breakfast kat Madani Hotel. Makan lah bnyak sikit sbb dah last day kan hahahaha!! Lepas breakfast tu kitorang jalan² sekitar hotel tu. Lagi sekali kne mengorat beli keychain lah,magnet frigde lah. Korang kalau dtg sini hati kne kental kalau ada orang dtg jual barang. Memang lah kesian, tapi nnti habis ongkoss nya.

Kitorang pun jalan lah tanpa hala tuju. Masuk blik hotel around 9.45pagi macam tu. Kemas² apa yg patut sbb Pak Dedek kata nak check out pkul 10.00 lebih. Then lepas check out kitorang decide nak shopping baju sikit lagi. Berikutan semalam nak beli duit tak ckup + tak jumpe money changer.

Pak Dedek trun kan kat Matahari Mall sbb hubby kata nak beli tshirt budak. Hubby tak cakap nak beli tshirt Medan. Hahaha! sampai sakit kaki aku + sengal² sisa panjat + turun tngga air terjun si piso-piso hari tu tak hilang lagi. Jalan punya jalan tak jumpe, call Pak Dedek mintak jemput & tanya kat mana nak beli. Dia kata kat Istana Maimoon ada. So dia bawak kitorang g sana. Hah! dapat lah shopping. Lagi sekali inai bertuah ni dapat diskaun. Harga semua tshirt 305ribu tapi bagi diskaun jadi 300ribu aja. Alhamdulillah.

Dah setel bab tu, terus ke airport tapi Pak Dedek kata nak singgah lunch kat Ayam Penyet yg aku cerita masa day 1 kitorang sampai Medan. Hubby aku asyik puji je makanan kat situ sedap. Hah sebelum balik apalagi, Pak Dedek bawak kitorang lah. Seronokkknya.



Selesai makan kitorang terus je airport sbb tak tau nak pergi mana dah. Sedih pulak nak tnggalkan Medan. Sedih nak tinggalkan Pak Dedek hahahaha!! Orangnya ramah. Senang bekerja dgn beliau. In shaa Allah kalau ada rezki ketemu lagi ya.





Terima kasih yg teramat sangat pada Insyirah sbb sediakan pakej honeymoon + birthday yg sangat best. Haaa hari tu aku janji nak bagi no Insyi kan. Ok kat bawah ni ade sikit detail tentang Insyi orang yg bertanggungjawab sediakan semua prkara spanjang kitorang kat medan.

Nurul Insyirah
FB: Melancong Murah Berbaloi
IG: Melancong_murah_berbaloi
Phone no: 017- 536 7426

Korang wassap je terus Insyi ni & bagi tau nak pakej apa. Semua ada. Ok bye! Nak pergi check in beg dah. Moga ketemu lagi ya Indonesia.

Sunday 29 November 2015

KL-Indonesia (Day 4)

Assalamualaikum, hari ke 4 di bumi Medan.

Pagi ni bangun jam 5.00 pagi waktu Indonesia. Wow macam awal kan, tpi kalau ikut waktu Malaysia, standard lah tu aku bangun pukul 6.00 pagi. Hahaha!

Pagi tu dah siap² nak check out, kemas² pergi kafe nak breakfast. Sekali lagi nasi goreng menepati cita rasa aku. Ya ampun sedap bangettt. Nak tambah dok ingat nanti berat badan naik lagi. Adoi.

Lepas breakfast tu, Pak Dedek bawa kitorang naik feri melintasi Tasik Danau Toba. Sangat besar. Kata Pak Dedek tasik terbesar di Asia.


 Sampai je seberang sana, kitorang terus melawat rumah suku kaum Batak. Dimana ada rumah terbahagi kepada dua. 1 rumah untuk anak² lelaki & 1 rumah untuk anak² perempuan. Bezanya rumah anak lelaki & perempuan, yg perempuan papan depan pintu direndahkan tapi umah anak lelaki tidak, dan 1 keistimewaan rumah ni, pintu die kecik je. Pak Dedek bagi tau, ni cara bagaimana suku kaum Batak membuatkan tetamu tunduk hormat semasa masuk dalam rumah mereka. Unikkan? hehehe.


ni kitorang berdiri depan rumah anak² prempuan, sebelah die tu rumah anak² lelaki. cuba tengok prbezaan dia.

Depan rumah tu ada patung Sigale-gale. Katanya zaman dulu, Raja Batak ni anaknya mati muda, jadi die tak dapat terima, dia buat patung sigale-gale & dipakaikan baju serta dimasukkan roh anaknya tersebut. Errr seram, xnak pandang lama² patung tu sebab nampak mcm dok tenung aku. Fuh!

Jalan lagi depan, ada kubur Raja diorang, tapi hubby xnak masuk sebab takut. Hahahaha! Kitorang jalan terus ke muzium kaum Batak. Horas katanya. Maknanya Selamat Datang. Kitorang pun masuk lah muzium tu, banyak peninggalan Raja Batak dalam tu. Semua diukir cantik. Kain diorang ditenun indah. Kitorang pun xlepaskan peluang pakai baju kaum diorang. Sorang 10ribu RP, around RM3 jugak lah, cantik jugak baju diorang hihihi.





ni tulisan orang batak, faham tak? hihihi

Dah jalan² dalam muzium tu, kitorang beli lah sikit cenderahati. Pandai akk tu mengorat kitorang beli, siap bagi harga haoneymoon lagi gara² aku pakai inai, hehehe hai inai bertuah betul awak ye. Yang nk pergi honeymoon lagi tu meh pakai inai aku ni, in shaa Allah bertuah hihi. Lawat page fb & instagram Inai Merah Cantik.


nampak akk ni ngorat kitorang. hahaha!

Lepas dah cot cet cot cet ngan akk tu kitorang terus berlari ke jeti sbb tak nak ketinggalan feri sebab kitorang nak g Medan pulak kata Pak Dedek. Perjalanan makan masa 3jam untuk ke Medan. Sampai je Medan kitorang singgah kat kedai makan untuk lunch. Betul aku cakap, makanan kat sini tak pernah mengecewakan aku. 2kali tambah hehehe.




Dah penuh perut, teruskan perjalanan ke kedai Tang-Tang Teng-Teng Ting-Ting Tong-Tong Tung-Tung. Aih entahlah aku pun tak pasti nama kedai tu. Tapi yang pasti namanya unik. Pada mulanya aku ingatkan Insyi melawak sbb dalam internity tulis mcm tu, sekali betul pulak. Hahahaha.


Rupanya kedai ni jual pelbagai jenis kekacang mcm kacang tumbuk & yg kain lagi lah hahaha! Sebab Pak Dedek kata suku kaum Batak ni tak pandai nak variasi kan kacang. Diorang tau tanam kacang, rebus & makan. Hikhikhik. So kira kedai ni dah variasi kan lah jenis² daripada kacang² kan. Lepas dah beli sikit buah tangan, kitorang pun teruskan perjalanan ke Medan. Musim hujan sekarang ni. Bertambah sejuk dibuatnya.

Sampai kat Medan, terus ke Istana Maimon. Hajat hati nak try baju raja & permaisuri. Sekali ramai giler orang. Mungkin sebab hari minggu + ada pesta depan istana tu. So jalan² ambik gambar orang.


ni kawasan luar istana, besar jugak lah tapi bahagian depan shja dibuka untuk orang awam

ni bahagian dlam, cantikkan kan syiling dia

ni untuk sewa, kot nak pakai mcm raja & permaisuri boleh lah sewa around 10ribu rupiah mcm rm3 jugak lah duit kita

nampak, bersepah 'raja & permaisuri' hahaa! 

Dah puas jenjalan kitorang terus ke hotel. Madani hotel. 4 bintang punya. Serius cantik. Sampai situ Pak Dedek arrange kan check in kitorang, terus naik ke bilik & wow!! hiasan atas katil dengan bunga² nya.. sayang nak baring. Hahaha! sebab tu aku kata travel agency Insyi ni best. Korang boleh mintak tolong Insyi buatkan kalau ambik pkej dengan dia.

sweet sangat. sayang nak alihkan. hehe

Malam tu dah siap² sebab Pak Dedek kata dinner pkul 7malam. Tapi kitorang keluar awal sebab nak jalan² + nak cari money changer pasal ongkos nga udah habis. Hohoho. Jalan punya jalan tak jumpa. Dah lah kaki aku ni sakit turun+naik tangga masa pergi Air Terjun Si Piso-Piso tu tak hilang lagi. Dia punya sakit macam tak larat nak berdiri dah. Solat pun duduk tau. Sadis. Macam orang tua dah aku. So aku nak nasihat kat sini. Sape tak kuat jangan lah turun kat air terjun tu. Tengok kat atas pun dah cantik. Aku ni kira ikut husband je, kalau sorang memang tak lah nak turun hihihi.

So dah pukul 7.00 tunggu Pak Dedek kat lobi nak pergi dinner kt satu restoran. Ramai jugak orang ni. Dah makan² smua + penuh perut, Pak Dedek pun bangun. Aku pun sebenarnya lupa aku afa request surprise birthday dripada Insyi untuk hubby aku. Sekali dah habis makan, dtg pekerja restoran² dgn main kompang,gendang,kerinci bagai bawak kek & banner besar sambil bawak kek + fresh flower. Of course hubby muka tekejut + malu giler. Dengan aku skali terkejut. Hahaha! lawak tak lawak. Hubby siap boleh tanya aku "eh besday sape sayang?" hahaha! die punya malu tu sampai berpeluh² lepas tu muka blur habis tak tau nak buat ape. hikhikhik. Sorry husband, kalau syg bagi tau tak surprise lah kan. Thanks so much untuk Insyirah , Pak Dedek + pekerja restoran yg jayakan surprise ni. Hubby kata seumur hidup die tak pernah kena mcm tu. Hahaha! naseb awak lah hubby.

see, padan lah hbby aku ni malu. mmg ramai okerja dia dtg nyanyi bagai. around 8-9orang mcm tu lah.

Pak Dedek  dgn aku kaw² gelak sbb tak tahan lawak tgk muka hbby waktu tu. Pak Dedek kata "kak naseb sya bagi tmpat duduk jauh dripada pintu, sbb tadi sya tgk abg mcm mau lari aja" hahaa! terbaikkk Pak Dedek. Dah selesai semua kat restoran tu, kitorang pun pegi lah jalan² sekitar bandar Medan. Lepas tu balik hotel & bum bum. Sangat² happening hari ni.

Sekejap je rasa 5hari di bumi Medan Indonesia yg penuh dengan warna warni sejarah & kehidupan. Next post hari ke 5, hari terakhir kat sini.

Saturday 28 November 2015

KL- Indonesia (Day 3)

Assalamualaikum, hari ketiga di bumi Medan, Indonesia.

Pagi tu bangun awal sebab Pak Dedek bagi tau kitorang akan check out pukul 8.00 pagi waktu Indonesia. So kemas², then serah kunci ke front desk & breakfast. Pergh! pekena teh o yg panas tu kan, mmg terbaik lah. Dengan cuaca sejuk pagi tu.

Dah selesai breakfast, kitorang terus ke Air Terjun Si Piso - Piso. Mengikut tentatif yg Insyi bagi, kenapa namanya Si Piso-Piso, ini sebab kalau tgk betul², air terjun tu seperti pisau/pedang. Tak tau lah kan, sebab mengikut sejarah je.


cantikkan?

Dah sampai kat situ, Pak Dedek tanya tak nak turun ke, hubby aku beriya nak turun, aku ikut aje lah. Korang bayangkan, 300++ anak tangga kitorang kne turun dpd atas untuk ke air terjun tu. Kalau dah turun bawah pun lenguh, apetah lagi nak naik. Tapi seriusly, sampai je bawah, Subhanallah. Sangat² cantik. Eh lupa plak nak bagi tau korang. Kalau air terjun ni tengok dripada atas, korang akan nmpak pelangi sbb biasan air yg terpercik + sinaran matahari. Sangat cantik + air die sejuk sangat bak kata hbby aku sbb die trun bawah. Aku mmg tak dapek lah sbb dah gigil kepala lutut ni haa.


akhirnya sampai jugak kat bawah



masa ni kat ats lagi


Hilang sekejap lah letih tu pasal tengok pemandangan yg Allah pinjam kat kita ni kan. Dah tu masa untuk naik pulak. Allahu! macam nak putus nyawa, putus urat kentut, putus segala-galanye lah.Hahaha! Banyak kali jugak ada perhentian. Hohoho. Akhirnya lepas 2jam lebih aku rasa, sampai jugak kat atas. Rasa nak tercabut kaki oii. Dah tu terus Pak Dedek bawak kitorang pergi lunch.

Masa lunch tu, menu kitorang pilih Ikan mas goreng + kangkung goreng + telur dadar + jus sirsak ( durian belanda ) dan sekali lagi, makanan kat sini mmg tak mengecewakan selera aku. Hahahaha! tak tahu lah kalau aku lapar ke apa. Tapi hubby aku pun kata sedap. Yang 1st time makan tu lah Ikan Mas goreng. Kalau kat Malaysia kita bela dalam akuarium sbb die kecik kan, kat sini buat makan weh, sangat² besar ikan tu tapi isi dia tawar, kena cicah dgn sambal ape tah tpi sedap, campuran cili api + bunga kantan + bawang putih + kicap sikit.


haaa nmpak yg besar tu, tu lah Ikan Mas. hahaha!


Now teruskan perjalanan ke Danau Toba yg makan masa 3jam perjalanan. Cuaca kat sini sejuk betul lah. Hohoho. Sampai je Danau Toba. Check in Danau Toba Cottage. Not bad hotel dia walaupun 3bintang. Rehat², malam nnti keluar g makan pulak. Adoi makin bam bam lah aku . Makan 3kali sehari, dah tu nasi sokmo. Sampai Pak Dedek kata, mula² sampai awak kurus, sekarang macam gemoks sikit. Adoi. Nak buat cemana dah lah makanan sedap. Hadap je lah.

Malam tu around pkul 7.30 Pak Dedek bawak kitorang g makan. Naseb lah ada travel agent under pakej Insyi, sebab nya mostly kawasan ni Kristian. Kalau pegi sendiri, naseb tak baik termakan BaAlifBaYa. Wakakaka, sebab aku tgk diorang selamba je jual tepi jalan macam kat Malaysia, jual daging sebab nak raya. Hehehe. So sebab tu aku lebih selesa nak pergi tempat yg tak pernah pergi, better under travel agency.

Friday 27 November 2015

KL- Indonesia (Day 2)

Assalamualaikum. Ok now kita sambung hari kedua kitorang kat Berastagi. Cuaca kat sini sejukkkkk sangat. Macam kat Cameron Highland.

Pagi tu kitorang breakfast, tpi hotel ni tak berapa banyak pilihan tapi ok bagi kitorang sbb mmg tak makan banyak. Aku ambik meehon goreng + ayam goreng + air teh o. Just nice sbb cuaca sejuk, makan pulak mnde panas², rasanya woww! Hubby pulak ambik meehon goreng sikit + nasi goreng sikit + telur mata + jus guava. Dah habis breakfast tu lepak² dlu tunggu Pak Dedek.

Lepas tu, kitorang terus naik atas untuk tengok gunung berapi yang masih aktif kata Pak Dedek. Suasana dia mmg cantik. Subhanallah. Tapi Pak Dedek cerita, rumah² yang around kawasan gunung berapi tu semua dah pindah. Kiranya ada rumah kosong je. Aku pun xpasti, mngkin sebelum ni gunung tu pernah meluahkan isi nya.



nampak belakang tu, tu lah die gunung berapi yg aku cakap tadi tu * abaikan muka aku yg x ready lagi :/ *



selfie satu kali

Sampai je kat atas tu, sekali lagi dibentangkan pemandangan yg sangattttt cantik. Maha Suci Allah. Tiada yang setanding denganNya. Dari jauh mmg kitorang nmpak gunung tu tengah berasap. Fuh! tapi kat atas ni lagi sejuk.. So ape lagi, selfie² lah. Hubby pun layan kan aje. Dengan ada yi camera yg aku beli dengan sorang bro ni. Harga pun sangat berpatutan kalau nk dibandingan dengan GoPro, tpi hasilnya sangat memuaskan.


Lepas turun dripada atas tu, terus singgah Pasar Buah Berastagi. Saje jalan² tepi² kedai tu. Tengok ada something yg pelik. Rupanya benih pokok bunga. Asalnya nak tahu je. Hambek ko die ngorat kitorang smpai beli anak pokok bunga Harum Sundal Malam. Hahaha! Niat nak bagi ibu jr. Sebab aku mmg xminat nak menanam ni. Lagi pulak cara tanam dia sangat senang. Just letak atas tanah + siram je air hari². Tak perlu baja. Orang tu lah cakap. Kalau die tipu, aku pun tipu lah  hahaha! Lepas tu dapat pulak free sbb die nampak aku pakai inai penuh jari, konon kata baru kawen + nak honeymoon. Hehehehe tak sia² pakai.

Lepas tu ada pulak kakak ni pnggil tengok kain batik jawa + kain pelikat ape ntah. Yang penting kain pelikat tu lagi di gosok lagi wangi. Beli² last² total 1juta 50ribu. arounda RM 300++ jugak lah. hahaha! ok lah kan. sebab lepas ni xtau nak beli kat mana dah. Pastu dapat lagi free 2 fridge magnet sbb pakai inai + dtg honeymoon. hehe. hai lah inai. bertuah nye awak. Nak beli? Aku jual tau. Sila jenguk fb page Inai Merah Cantik. Instagram pun ada. hehehe. Beli & pakai untuk jadi bertuah :p

Lepas tu gi makan jagung rebus yg dipotong + letak susu + letak cheese. Sangat sedap wehhh. Harga 10ribu untuk 2bekas.Around RM 6 untuk 2bekas tu. Ok dah habis tu terus balik hotel sebab hubby + Pak Dedek nak gie solat Jumaat.


sampai sekarang terasa sedapnya jagung ni. fuh!

Around pukul 1 lebih tu kitorang g lunch. Ohh nape lah makanan kat sini sedap². Ikan keli sambal ijo + nasi putih + air melon untuk aku. Ikan keli taucu + kangkung goreng + air melon untuk hubby. MashaaAllah. sangat sedap. hahaha! Pas tu Pak Dedek offer kitorang minum Teh Jahe, Teh Halia kan. Manis tapi rasa pedas². Hohoho + aku mmg xsuka halia.

Dah kenyang, terus pecut ke rumah dimana Bapak Sukarno ditahan waktu Belanda menjajah Indonesia. Siap ada tugu ko ... besar bapak weh. Diperbuat dripada tembaga.


xde pulak gmbar dgn Bapak Sukarno sbb kat fone hubby aku. Ni gambar kat Temple ape ntah nama. Tapi serius besar gila. Warna emas plak tu. Kalau emas betul² kaya weeh!!!

 Dah selfie² tu terus balik hotel sbb malam nnti kata nak ke HotSpring. Balik je kitorang tido tak hengat dunia. Sedar² 5.30 waktu Indonesia. Dah nak Maghrib dah. Aku rasa pehal lah sejuk sangat. Rupanya hujan sangat lebat. Alamak macam mana nak ke HotSpring ni.? Rupanya ada hikmah tak jadi pegi. Kalau pergi mmg kena macet sbb ada pkok besar tumbang. Perancangan Allah hebatkan? Dinner malam tu kat hotel je pasai hujan jenis xmau berenti tu hehehe..


selalu mcm tu kalau ambik gmbar. muka tak ready.!

Haaa.. Tunggu sambungan hari 3 pulak ye... Bye²

KL - Indonesia ( Trip Day 1 )

Assalamualaikum.. semalam ( 26/11/2015, Khamis) aku & hubby terbang ke Indonesia. Saje lah nak makan angin dengan suami tersayang + smbut anniversary & birthday hubby sekali. Just nak share pengalaman aku & hubby berjalan ke tempat orang.

Oppsss sebelum tu, nak share, pakej honeymoon ni aku ambik dengan anak angkat ibu aku, Insyirah. Before that ibu aku dah 2kali pergi dengan dia, and ibu kata sangat² best sebab pakej die complete segala²nya. So aku pun terus contect Insyi untuk book tarikh.

So aku dapat 957/pax untuk 5H4M. Gile ko x murah. Semua tu termasuk tiket flight pergi + balik. 3 hotel check in. Supir + kereta , & makan. Ok dah memudahkan kerja aku. Sebab kalau nak g mana², makan tu yg penting sbb of course kita yg Muslim mencari yang halal adalah kewajipan. 👏

Ok, untuk yg contect Insyi nnti aku bgi last cerita nanti. 😃

Ok untuk day 1, flight kitaorang 5.30 waktu Malaysia. Sebab waktu Indonesia kurang sejam dripada kita.

So macam² hal jadi. Hahaha! lawak jugak. But tu semua pengalaman lah kan.


Tengok ape tu sayang? 


So sampai ke Airport Kuala Namu around pukul 7.30 waktu Indonesia. Sampai² je terus cari Pak Dedek, supir + orang yg brtanggungjawab bawak kitorang jalan² dekat Medan ni. Lepas dia pick up kitorang, terus makan malam. Seriusly, sedap gila makanan dia. Kitaorang order nasi putih+ayam goreng penyet + air melon ( tembikai susu) , kangkung belacan & belut sambal, ni hubby je makan. hiks! tpi serius semuanya Ya Allah. sangat² sedap. Plus service diorang sangat² cepat


tengok lah muka kepenatan kitorang


ok dah kenyang. hahaha!

Lepas je makan tu kitorang trus ke Berastagi. Makan masa jugak around 3jam. Sampai sana punya lah sejuk. Gigil² kitorang. Naseb lah bawak sweater. Aduii. Aku ni dah lah tak tahan sejuk. Naseb pegi dengan suami. hehehe. 

Sampai je Hotel Green Garden, kami check in & terus bamm! tido. hahaha. tak ingat ape dah. penat punya pasal. Day 2. Esok pulak cerita ya.