Friday, 27 November 2015

KL- Indonesia (Day 2)

Assalamualaikum. Ok now kita sambung hari kedua kitorang kat Berastagi. Cuaca kat sini sejukkkkk sangat. Macam kat Cameron Highland.

Pagi tu kitorang breakfast, tpi hotel ni tak berapa banyak pilihan tapi ok bagi kitorang sbb mmg tak makan banyak. Aku ambik meehon goreng + ayam goreng + air teh o. Just nice sbb cuaca sejuk, makan pulak mnde panas², rasanya woww! Hubby pulak ambik meehon goreng sikit + nasi goreng sikit + telur mata + jus guava. Dah habis breakfast tu lepak² dlu tunggu Pak Dedek.

Lepas tu, kitorang terus naik atas untuk tengok gunung berapi yang masih aktif kata Pak Dedek. Suasana dia mmg cantik. Subhanallah. Tapi Pak Dedek cerita, rumah² yang around kawasan gunung berapi tu semua dah pindah. Kiranya ada rumah kosong je. Aku pun xpasti, mngkin sebelum ni gunung tu pernah meluahkan isi nya.



nampak belakang tu, tu lah die gunung berapi yg aku cakap tadi tu * abaikan muka aku yg x ready lagi :/ *



selfie satu kali

Sampai je kat atas tu, sekali lagi dibentangkan pemandangan yg sangattttt cantik. Maha Suci Allah. Tiada yang setanding denganNya. Dari jauh mmg kitorang nmpak gunung tu tengah berasap. Fuh! tapi kat atas ni lagi sejuk.. So ape lagi, selfie² lah. Hubby pun layan kan aje. Dengan ada yi camera yg aku beli dengan sorang bro ni. Harga pun sangat berpatutan kalau nk dibandingan dengan GoPro, tpi hasilnya sangat memuaskan.


Lepas turun dripada atas tu, terus singgah Pasar Buah Berastagi. Saje jalan² tepi² kedai tu. Tengok ada something yg pelik. Rupanya benih pokok bunga. Asalnya nak tahu je. Hambek ko die ngorat kitorang smpai beli anak pokok bunga Harum Sundal Malam. Hahaha! Niat nak bagi ibu jr. Sebab aku mmg xminat nak menanam ni. Lagi pulak cara tanam dia sangat senang. Just letak atas tanah + siram je air hari². Tak perlu baja. Orang tu lah cakap. Kalau die tipu, aku pun tipu lah  hahaha! Lepas tu dapat pulak free sbb die nampak aku pakai inai penuh jari, konon kata baru kawen + nak honeymoon. Hehehehe tak sia² pakai.

Lepas tu ada pulak kakak ni pnggil tengok kain batik jawa + kain pelikat ape ntah. Yang penting kain pelikat tu lagi di gosok lagi wangi. Beli² last² total 1juta 50ribu. arounda RM 300++ jugak lah. hahaha! ok lah kan. sebab lepas ni xtau nak beli kat mana dah. Pastu dapat lagi free 2 fridge magnet sbb pakai inai + dtg honeymoon. hehe. hai lah inai. bertuah nye awak. Nak beli? Aku jual tau. Sila jenguk fb page Inai Merah Cantik. Instagram pun ada. hehehe. Beli & pakai untuk jadi bertuah :p

Lepas tu gi makan jagung rebus yg dipotong + letak susu + letak cheese. Sangat sedap wehhh. Harga 10ribu untuk 2bekas.Around RM 6 untuk 2bekas tu. Ok dah habis tu terus balik hotel sebab hubby + Pak Dedek nak gie solat Jumaat.


sampai sekarang terasa sedapnya jagung ni. fuh!

Around pukul 1 lebih tu kitorang g lunch. Ohh nape lah makanan kat sini sedap². Ikan keli sambal ijo + nasi putih + air melon untuk aku. Ikan keli taucu + kangkung goreng + air melon untuk hubby. MashaaAllah. sangat sedap. hahaha! Pas tu Pak Dedek offer kitorang minum Teh Jahe, Teh Halia kan. Manis tapi rasa pedas². Hohoho + aku mmg xsuka halia.

Dah kenyang, terus pecut ke rumah dimana Bapak Sukarno ditahan waktu Belanda menjajah Indonesia. Siap ada tugu ko ... besar bapak weh. Diperbuat dripada tembaga.


xde pulak gmbar dgn Bapak Sukarno sbb kat fone hubby aku. Ni gambar kat Temple ape ntah nama. Tapi serius besar gila. Warna emas plak tu. Kalau emas betul² kaya weeh!!!

 Dah selfie² tu terus balik hotel sbb malam nnti kata nak ke HotSpring. Balik je kitorang tido tak hengat dunia. Sedar² 5.30 waktu Indonesia. Dah nak Maghrib dah. Aku rasa pehal lah sejuk sangat. Rupanya hujan sangat lebat. Alamak macam mana nak ke HotSpring ni.? Rupanya ada hikmah tak jadi pegi. Kalau pergi mmg kena macet sbb ada pkok besar tumbang. Perancangan Allah hebatkan? Dinner malam tu kat hotel je pasai hujan jenis xmau berenti tu hehehe..


selalu mcm tu kalau ambik gmbar. muka tak ready.!

Haaa.. Tunggu sambungan hari 3 pulak ye... Bye²

No comments:

Post a Comment