Sunday, 29 November 2015

KL-Indonesia (Day 4)

Assalamualaikum, hari ke 4 di bumi Medan.

Pagi ni bangun jam 5.00 pagi waktu Indonesia. Wow macam awal kan, tpi kalau ikut waktu Malaysia, standard lah tu aku bangun pukul 6.00 pagi. Hahaha!

Pagi tu dah siap² nak check out, kemas² pergi kafe nak breakfast. Sekali lagi nasi goreng menepati cita rasa aku. Ya ampun sedap bangettt. Nak tambah dok ingat nanti berat badan naik lagi. Adoi.

Lepas breakfast tu, Pak Dedek bawa kitorang naik feri melintasi Tasik Danau Toba. Sangat besar. Kata Pak Dedek tasik terbesar di Asia.


 Sampai je seberang sana, kitorang terus melawat rumah suku kaum Batak. Dimana ada rumah terbahagi kepada dua. 1 rumah untuk anak² lelaki & 1 rumah untuk anak² perempuan. Bezanya rumah anak lelaki & perempuan, yg perempuan papan depan pintu direndahkan tapi umah anak lelaki tidak, dan 1 keistimewaan rumah ni, pintu die kecik je. Pak Dedek bagi tau, ni cara bagaimana suku kaum Batak membuatkan tetamu tunduk hormat semasa masuk dalam rumah mereka. Unikkan? hehehe.


ni kitorang berdiri depan rumah anak² prempuan, sebelah die tu rumah anak² lelaki. cuba tengok prbezaan dia.

Depan rumah tu ada patung Sigale-gale. Katanya zaman dulu, Raja Batak ni anaknya mati muda, jadi die tak dapat terima, dia buat patung sigale-gale & dipakaikan baju serta dimasukkan roh anaknya tersebut. Errr seram, xnak pandang lama² patung tu sebab nampak mcm dok tenung aku. Fuh!

Jalan lagi depan, ada kubur Raja diorang, tapi hubby xnak masuk sebab takut. Hahahaha! Kitorang jalan terus ke muzium kaum Batak. Horas katanya. Maknanya Selamat Datang. Kitorang pun masuk lah muzium tu, banyak peninggalan Raja Batak dalam tu. Semua diukir cantik. Kain diorang ditenun indah. Kitorang pun xlepaskan peluang pakai baju kaum diorang. Sorang 10ribu RP, around RM3 jugak lah, cantik jugak baju diorang hihihi.





ni tulisan orang batak, faham tak? hihihi

Dah jalan² dalam muzium tu, kitorang beli lah sikit cenderahati. Pandai akk tu mengorat kitorang beli, siap bagi harga haoneymoon lagi gara² aku pakai inai, hehehe hai inai bertuah betul awak ye. Yang nk pergi honeymoon lagi tu meh pakai inai aku ni, in shaa Allah bertuah hihi. Lawat page fb & instagram Inai Merah Cantik.


nampak akk ni ngorat kitorang. hahaha!

Lepas dah cot cet cot cet ngan akk tu kitorang terus berlari ke jeti sbb tak nak ketinggalan feri sebab kitorang nak g Medan pulak kata Pak Dedek. Perjalanan makan masa 3jam untuk ke Medan. Sampai je Medan kitorang singgah kat kedai makan untuk lunch. Betul aku cakap, makanan kat sini tak pernah mengecewakan aku. 2kali tambah hehehe.




Dah penuh perut, teruskan perjalanan ke kedai Tang-Tang Teng-Teng Ting-Ting Tong-Tong Tung-Tung. Aih entahlah aku pun tak pasti nama kedai tu. Tapi yang pasti namanya unik. Pada mulanya aku ingatkan Insyi melawak sbb dalam internity tulis mcm tu, sekali betul pulak. Hahahaha.


Rupanya kedai ni jual pelbagai jenis kekacang mcm kacang tumbuk & yg kain lagi lah hahaha! Sebab Pak Dedek kata suku kaum Batak ni tak pandai nak variasi kan kacang. Diorang tau tanam kacang, rebus & makan. Hikhikhik. So kira kedai ni dah variasi kan lah jenis² daripada kacang² kan. Lepas dah beli sikit buah tangan, kitorang pun teruskan perjalanan ke Medan. Musim hujan sekarang ni. Bertambah sejuk dibuatnya.

Sampai kat Medan, terus ke Istana Maimon. Hajat hati nak try baju raja & permaisuri. Sekali ramai giler orang. Mungkin sebab hari minggu + ada pesta depan istana tu. So jalan² ambik gambar orang.


ni kawasan luar istana, besar jugak lah tapi bahagian depan shja dibuka untuk orang awam

ni bahagian dlam, cantikkan kan syiling dia

ni untuk sewa, kot nak pakai mcm raja & permaisuri boleh lah sewa around 10ribu rupiah mcm rm3 jugak lah duit kita

nampak, bersepah 'raja & permaisuri' hahaa! 

Dah puas jenjalan kitorang terus ke hotel. Madani hotel. 4 bintang punya. Serius cantik. Sampai situ Pak Dedek arrange kan check in kitorang, terus naik ke bilik & wow!! hiasan atas katil dengan bunga² nya.. sayang nak baring. Hahaha! sebab tu aku kata travel agency Insyi ni best. Korang boleh mintak tolong Insyi buatkan kalau ambik pkej dengan dia.

sweet sangat. sayang nak alihkan. hehe

Malam tu dah siap² sebab Pak Dedek kata dinner pkul 7malam. Tapi kitorang keluar awal sebab nak jalan² + nak cari money changer pasal ongkos nga udah habis. Hohoho. Jalan punya jalan tak jumpa. Dah lah kaki aku ni sakit turun+naik tangga masa pergi Air Terjun Si Piso-Piso tu tak hilang lagi. Dia punya sakit macam tak larat nak berdiri dah. Solat pun duduk tau. Sadis. Macam orang tua dah aku. So aku nak nasihat kat sini. Sape tak kuat jangan lah turun kat air terjun tu. Tengok kat atas pun dah cantik. Aku ni kira ikut husband je, kalau sorang memang tak lah nak turun hihihi.

So dah pukul 7.00 tunggu Pak Dedek kat lobi nak pergi dinner kt satu restoran. Ramai jugak orang ni. Dah makan² smua + penuh perut, Pak Dedek pun bangun. Aku pun sebenarnya lupa aku afa request surprise birthday dripada Insyi untuk hubby aku. Sekali dah habis makan, dtg pekerja restoran² dgn main kompang,gendang,kerinci bagai bawak kek & banner besar sambil bawak kek + fresh flower. Of course hubby muka tekejut + malu giler. Dengan aku skali terkejut. Hahaha! lawak tak lawak. Hubby siap boleh tanya aku "eh besday sape sayang?" hahaha! die punya malu tu sampai berpeluh² lepas tu muka blur habis tak tau nak buat ape. hikhikhik. Sorry husband, kalau syg bagi tau tak surprise lah kan. Thanks so much untuk Insyirah , Pak Dedek + pekerja restoran yg jayakan surprise ni. Hubby kata seumur hidup die tak pernah kena mcm tu. Hahaha! naseb awak lah hubby.

see, padan lah hbby aku ni malu. mmg ramai okerja dia dtg nyanyi bagai. around 8-9orang mcm tu lah.

Pak Dedek  dgn aku kaw² gelak sbb tak tahan lawak tgk muka hbby waktu tu. Pak Dedek kata "kak naseb sya bagi tmpat duduk jauh dripada pintu, sbb tadi sya tgk abg mcm mau lari aja" hahaa! terbaikkk Pak Dedek. Dah selesai semua kat restoran tu, kitorang pun pegi lah jalan² sekitar bandar Medan. Lepas tu balik hotel & bum bum. Sangat² happening hari ni.

Sekejap je rasa 5hari di bumi Medan Indonesia yg penuh dengan warna warni sejarah & kehidupan. Next post hari ke 5, hari terakhir kat sini.

5 comments:

  1. Tergelak insy k.yong haha.. plan berjalan dgn lancar..alhamdulillah..☺☺☺ ok to be continue

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! k.yong baca balik pun tergelak. mmg happening . tq ya insyi

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Iya kak yong..sama sama kasih.. nnt datang lagi kak yong

      Delete