Friday, 27 November 2015

KL - Indonesia ( Trip Day 1 )

Assalamualaikum.. semalam ( 26/11/2015, Khamis) aku & hubby terbang ke Indonesia. Saje lah nak makan angin dengan suami tersayang + smbut anniversary & birthday hubby sekali. Just nak share pengalaman aku & hubby berjalan ke tempat orang.

Oppsss sebelum tu, nak share, pakej honeymoon ni aku ambik dengan anak angkat ibu aku, Insyirah. Before that ibu aku dah 2kali pergi dengan dia, and ibu kata sangat² best sebab pakej die complete segala²nya. So aku pun terus contect Insyi untuk book tarikh.

So aku dapat 957/pax untuk 5H4M. Gile ko x murah. Semua tu termasuk tiket flight pergi + balik. 3 hotel check in. Supir + kereta , & makan. Ok dah memudahkan kerja aku. Sebab kalau nak g mana², makan tu yg penting sbb of course kita yg Muslim mencari yang halal adalah kewajipan. 👏

Ok, untuk yg contect Insyi nnti aku bgi last cerita nanti. 😃

Ok untuk day 1, flight kitaorang 5.30 waktu Malaysia. Sebab waktu Indonesia kurang sejam dripada kita.

So macam² hal jadi. Hahaha! lawak jugak. But tu semua pengalaman lah kan.


Tengok ape tu sayang? 


So sampai ke Airport Kuala Namu around pukul 7.30 waktu Indonesia. Sampai² je terus cari Pak Dedek, supir + orang yg brtanggungjawab bawak kitorang jalan² dekat Medan ni. Lepas dia pick up kitorang, terus makan malam. Seriusly, sedap gila makanan dia. Kitaorang order nasi putih+ayam goreng penyet + air melon ( tembikai susu) , kangkung belacan & belut sambal, ni hubby je makan. hiks! tpi serius semuanya Ya Allah. sangat² sedap. Plus service diorang sangat² cepat


tengok lah muka kepenatan kitorang


ok dah kenyang. hahaha!

Lepas je makan tu kitorang trus ke Berastagi. Makan masa jugak around 3jam. Sampai sana punya lah sejuk. Gigil² kitorang. Naseb lah bawak sweater. Aduii. Aku ni dah lah tak tahan sejuk. Naseb pegi dengan suami. hehehe. 

Sampai je Hotel Green Garden, kami check in & terus bamm! tido. hahaha. tak ingat ape dah. penat punya pasal. Day 2. Esok pulak cerita ya.

No comments:

Post a Comment